Monday, February 05, 2018

RESEPI UDANG MASAK KUNYIT TEMPOYAK

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG MASAK KUNYIT TEMPOYAK
 BAHAN-BAHAN
1kg udang harimau/udang besar

BAHAN DIGILING:
5 biji cili merah (mengikut selera anda)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm belacan
+ sedikit air.
2 batang serai dititik
3 sudu besar tempoyak durian
2 keping asam keping
Air 1 mangkuk sederhana
garam & ajinomoto menikut selera anda

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan 2 sudu besar minyak masak.Tumiskan bahan giling tadi bersama 2 batang serai. Tutup kuali dengan tudung dan perlahankan api.

Biarkan bahan tadi benar-benar masak dan naik bau selama 10 minit. Jika air kering, jangan biarkan sambal anda kering supaya ia tidak hangus. Tambahkan sedikit demi sedikit air.(jangan terlalu banyak). Tutup semula tudung supaya baunya tidak hilang.

Proses inilah yang amat penting sekali bagi memastikan kuah anda nanti benar-benar kick baunya!

Selepas 10 minit, masukkan udang bersama tempoyak dan asam keping. Gaul perlahan-lahan udang bersama sambal tumis tadi hingga ia sebati bersama bau tempoyak, bila keluar air udang,biarkan seketika dan teruslah masukkan air 1 mangkuk.


Biarkan sehingga mendidih. Sebaik saja mendidih, terus masukkan garam dan ajinomoto mengikut citarasa anda. 

No comments:

Post a Comment