Monday, February 05, 2018

RESEPI UDANG LIPAN MASAK SERAI

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.


RESEPI UDANG LIPAN MASAK SERAI

BAHAN-BAHAN
1 kg udang lipan       
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
10 tangkai cili kering
2 - 3 sudu sos tiram
2 - 3 sudu sos cili
garam
gula
asam keping

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang lipan dengan cara menguntingkan kulit di sekeliling udang tersebut. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kering dan serai hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan asam keping.

Masukkan sedikit air dan udang lipan. Gaulkan rata dengan perlahan. Tutupkan kuali dan tunggu hingga masak.


No comments:

Post a Comment