Sunday, February 04, 2018

RESEPI UDANG KERTAS MASAM PEDAS

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya. Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport..


RESEPI UDANG KERTAS MASAM PEDAS
 

BAHAN-BAHAN
600 gm udang kertas
10 biji cili kering
2 sudu besar minyak
2 sudu besar air asam jawa       
1 sudu teh serbuk kunyit
4 labu bawang merah
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang dan gaul dengan garam dan kunyit. Mesin atau tumbuk cili kering dan 2 labu bawang merah.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang.

Masukkan cili kering dan bahan-bahan lain dan kacau selalu. Masukkan air asam jawa dan bawang yang dimayang. Kacau selalu. Apabila masak, angkat.
Angkat udangnya terlebih dahulu.Masukkan nanas & sedikit garam.Bila kuahnya telah sebati masukkan udang & kerisik.Angkat & hidangkan.


No comments:

Post a Comment