Sunday, February 25, 2018

SIPUT BULUH MASAK CILI


SIPUT BULUH
Siput buluh atau juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya "'Ensis arcuatus"'

Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

SIPUT BULUH MASAK CILI

BAHAN-BAHAN
1kg pepahat - cuci bersih
2-3 batang serai - diketuk
5 biji bawang merah kecik - tumbuk
2-3 biji bawang putih - tumbuk
3-4 sudu besar cili boh
Belacan sebesar ibu jari - tumbuk
Beberapa sudu sos tiram
Beberapa sudu sos cili
6-7 helai daun limau purut - hiris
Garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis serai serta bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili boh.

Masak lagi hingga naik minyak. Masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Tak perlu masuk air sebab pepahat akan mengeluarkan air nanti.

No comments:

Post a Comment