Wednesday, February 07, 2018

HIRISAN DAGING BEREMPAH


DAGING

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.


Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.


RESEPI HIRISAN DAGING BEREMPAH


BAHAN BAHAN

00 gm daging - dihiris nipis
1 genggam beras - dicuci bersih dan tumbuk
3 tangkai cili kering- dikisar
3 biji bawang merah - dihiris        
2 tangkai daun bawang - dipotong halus
1 sudu teh jus limau nipis
Gula dan garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN

Cuci daging dan rebus empuk. Setelah itu gaul daging dengan beras tumbuk.
Campurkan pula cili kering, bawang merah, jus limau nipis, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan hidangkan. Tabur daun bawang di atasnya.

No comments:

Post a Comment