Thursday, January 11, 2018

UDANG SAMBAL TELUR

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG  SAMBAL TELUR

BAHAN BAHAN
½ kg Udang Galah
3 camca besar cili giling
2 biji telur
2 camca besar sos tomato
1 labu bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 tangkai cili merah
sedikit serbuk kunyit
Sedikit bawang goreng (hiasan)

BAHAN KISAR
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 batang serai (dititik)
sedikit garam, gula dan serbuk perasa

PROSES PENYEDIAAN
Udang dipotong muncung dan ekornya.Kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.Goreng kekuningan dan asingkan.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan serai sehingga naik bau.Masukkan cili giling dan sos tomato serta gula dan serbuk perasa.Masukkan sedikit air dan tumis cili sehingga masak.

Masukkan udang yang digoreng tadi dan gaul sebati.Pecahkan telur dan gaul hingga sebati.

Akhir sekali taburkan bawang besar yang dipotong bulat. Angkat dan sedia untuk hidangan.

No comments:

Post a Comment