Thursday, January 11, 2018

UDANG MASAK TAUCU

UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

UDANG  MASAK TAUCU

BAHAN BAHAN
300 g udang (buang kulitnya)
150 g taucu
3 biji cili merah (dibelah dua)
2 labu bawang besar ] dihiris
1 batang serai ] 5 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] ditumbuk
2.5 sm halia ]
Asam jawa dan garam

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak tumis bahan yang telah ditumbuk hingga wangi. Masukkan udang goreng hingga masak, kemudian masukkan taucu yang telah dibasuh.


Tuangkan asam dan garam. Bila mendidih masukkan cili merah, serai dan bawang besar. Biarkan sebentar baru angkat.

No comments:

Post a Comment