Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG PERCIK

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG  MASAK PERCIK
BAHAN BAHAN
1 kg udang(saiz sederhana)
100 gm bawang kecil(dikisar halus)
20 gm bawang putih(dikisar halus)
20 gm halia(dikisar halus)
4 batang serai(dikisar halus)
100 gm lengkuas(dikisar halus)          
30 gm belacan(dikisar halus)
10 gm jintan putih(dikisar halus)
30 gm cili kering(dikisar halus)
1 biji kelapa(ambil santan)
1 keping gula melaka

PROSES PENYEDIAAN

Perapkan udang dengan sebahagian bahan rempah lalu digoreng & toskan. Sebahagian lagi rempah ditumis hingga naik bau. Kemudian masukkan santan bila pekat, tuangkan di atas udang.

No comments:

Post a Comment