Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG MASAK NESTUM

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG  MASAK NESTUM
BAHAN BAHAN
16 ekor Udang sederhana
3 sudu besar Marjerin
2 Tangkai Daun kari (hiris)
3 Biji cili padi (potong bulat)
5 - 7 sudu besar Nestum
2 sudu besar gula
2 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
1.Goreng udang,masak angkat dan tos.
2.Cairkan marjerin dlm kuali bersih
3.Tumis daun kari dan cili padi
3.Wangi,masuk udang gaul sebati
4.Masuk gula,garam.
5.Gaul lagi dan last sekali masuk nestum.

6.Gaul sebati.Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment