Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG SECHUAN

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.


RESEPI UDANG SECHUAN

BAHAN BAHAN
600 gm udang besar
20 biji cili kering jenis panjang
25 gm asam jawa campur
½ cawan air
2 labu bawang besar disagat halus
2 sudu cuka      
½ sudu teh gula
2 sudu teh kicap cair
1 sudu teh sos tiram kalau suka
½ sudu serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk cili


PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang. Toskan. Gaulkan garam dan serbuk kunyit. Hiris cili nipis-nipis (menyerong). Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar yang telah disagat itu.

Masukkan serbuk cili dan cili yang dipotong-potong. Kacaulah sehingga cili wangi. Masukkan udang. Kacau rata-rata.

Manakala uadang kemerahan masukkan air asam, cuka, kicap cair dan sos tiram. Kacaulah sehingga sebati. Manakala kuahnya berminyak angkat. Hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment