Thursday, January 11, 2018

UDANG MASAK MANGGA

UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG  MASAK MANGGA

BAHAN BAHAN
200 g udang harimau
100 g kacang peas
5 sudu besar jus mangga
Sedikit mangga cincang
2 sudu besar sos tiram      
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil kicap cair
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN


Tumiskan bawang putih hingga berbau. Masukkan udang, garam, sos tiram, kicap cair, jus mangga dan kacang peas. Biarkan mendidih.

No comments:

Post a Comment