Thursday, January 11, 2018

UDANG LEMAK NENAS

UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG LEMAK NENAS


BAHAN BAHAN
10 ekor udang(sedrhana besar)
8 biji cili kering
2 biji cili merah
½ biji nanas
5 ulas bawang merah
2 batang serai   1 inci kunyit hidup
½ inci belacan
2 cawan santan
sedikit kerisik
sedikit gula

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang&toskan.Taburkan sedikit gula diatasnya.Tumbuk cili kering,cili hidup,kunyit hidup,serai,belacan& bawang merah hingga lumat.

Masukkan santan ke dlm kuali& biarkan sehingga mendidih,barulah dimasukkan rempah yg telah ditumbuk tadi,masukkan sedikit minyak masak & masukkan udang lalu dibalik-balikkan.


Angkat udangnya terlebih dahulu.Masukkan nanas & sedikit garam.Bila kuahnya telah sebati masukkan udang & kerisik.Angkat & hidangkan.

No comments:

Post a Comment