Thursday, January 11, 2018

UDANG KELAPA

UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG KELAPA


BAHAN BAHAN
500 gm udang basah
½ biji kelapa parut
½ cawan air asam jawa
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis    

BAHAN BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
2 batang serai

PROSES PENYEDIAAN

Kelapa di goreng tanpa minyak separuh masak.Ketepikan. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi.


Masukkan udang, air asam jawa, gula , garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Apabila udang cukup masak, masukkan kelapa goreng. Kacau lagi hingga separuh kering baru diangkat.

No comments:

Post a Comment