Thursday, January 11, 2018

UDANG KASTURI

UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG KASTURI


BAHAN BAHAN
1 kg udang galah
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili merah
5 biji limau kasturi (dipotong empat)        
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
Sedikit daun selasih
¼ cawan minyak masak
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN

Udang hendaklah dibelah belakang (sedikit) bersih dan dibuang kulitnya. Kemudian digoreng.

Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris halus tadi sehingga baunya harum dan masukkan udang yang telah digoreng tadi.


Akhir sekali masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan garam secukupnya. Bolehlah dihidangkan bersama perahan limau kasturi.

No comments:

Post a Comment