Thursday, January 11, 2018

UDANG KALIO

UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG KALIO


BAHAN BAHAN 
2 kg udang Kuning / kertas
100 gm bawang merah
60 gm halia
5 batang serai
60 gm lengkuas
50 gm buah keras
50 gm kunyit hidup
30 gm belacan   
60 gm cili merah
150 gm bawang merah
6 helai daun limau purut
6 helai daun kunyit
1.5 liter santan
20 gm cili padi
5 keping asam keping


PROSES PENYEDIAAN
Bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup, belacan dan cili merah digiling halus.

Bawang besar dipotong membulat, cili merah dibelah dua manakala cili padi dicincang. Bersihkan udang, kerat hujung, misai dan kaki serta biarkan berkulit.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Masukkan santan dan didihkan perlahan-lahan.


Masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Renehkan selama 5 minit sehingga udang masak. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment