Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG GORENG TEPUNG

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG GORENG TEPUNG
BAHAN BAHAN
udang saiz sederhana(buang kulit dan kepala, tinggalkan ekor shj)
minyak untuk menggoreng( panaskan dgn api yg perlahan)       
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil minyak masak
1 biji telur
garam secukup rasa
air sedikit utk bancuhan
serbuk kunyit

PROSES PENYEDIAAN
Udang dibersihkan dan ditapis agar tidak berair.

Masukkan tepung naik sendiri,telur,minyak masak,garam,serbuk kunyit kedalam mangkuk dan masukkan air sedikit sedikit supaya tidak cair. Bancuhan hendaklah pekat.

Pegang udang dibhgn ekor dan salutkan ia dgn bancuhan td dan jgn terlalu tebal.(pusing2kan didlm bancuhan).


Goreng hingga kekuningan.

No comments:

Post a Comment