Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG GORENG RANGUP

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG GORENG RANGUP
BAHAN BAHAN A
Udang sederhana besar-dibuang kulit

BAHAN BAHAN B
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit-utk mewarnakan adunan

PROSES PENYEDIAAN

1. Bancuhkan semua bahan B.
2. Celup udang dalam adunan tadi dan boleh digoreng dalam minyak yg betul-betul panas.
3. Goreng sehingga kekuningan.

4. Angkat dan boleh dimakan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment