Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG GORENG ROTI

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG GORENG ROTI
BAHAN BAHAN
1 Kg Udang Harimau
10 gm Daun Kari ( cincang )
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk roti
1 biji telor
3 sudu besar tepung gandum

PROSES PENYEDIAAN
1)Bersihkan udang terlebih dahulu.
2)Gaulkan tepung gandum bersama telur,serbuk roti,serbuk ketumbar dan daun kari.
3)Sapukan bahan yang digaul tadi keatas udang.

4)Goreng sehingga kuning keemasan.

No comments:

Post a Comment