Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG GORENG MADU

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG GORENG MADU
BAHAN BAHAN
500 gm udang besar
1 camca besar cili boh
1 biji bawang besar, dimayang bulat
3 camca teh madu
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Daun pudina untuk hiasan
Minyak untuk menggoreng        

BAHAN BAHAN KISAR
1 camca teh lada sulah
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca teh ketumbar, digoreng tanpa minyak terlebih dahulu

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang dan sejat. Gaul udang bersama cili boh, bahan-bahan giling, garam, serbuk perasa dan madu dalam masa sejam. Panaskan minyak di dalam kuali.


Goreng udang hingga kuning dan angkat. Hias dengan daun pudina dan bawang bulat.

No comments:

Post a Comment