Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG GORENG DAUN KARI

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.


RESEPI UDANG GORENG DAUN KARI
BAHAN BAHAN
1 kg udang sederhana besar buka kulit
40 gm bawang merah (dikisar)
20 gm bawang putih (dikisar)
Garam      
2 gm daun kari
15 gm serbuk kunyit
Lada putih
Serbuk perasa

PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan-bahan yg dikisar sehingga naik baunya.

Masukkan udang yang telah digaulkan dengan garam dan kuyit dan goreng sehingga kuning keemasan.

Masukkan daun kari dan serbuk perasa. Angkat dan taburkan daun bawang dan daun sup di atasnya.

Review:

No comments:

Post a Comment