Thursday, January 11, 2018

UDANG GAJUS

UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG GAJUS

BAHAN BAHAN
½ kg Udang Harimau
¼ kg Gajus
Cili kering 10 tangkai (Potong 1 inci)
Bawang putih 3 ulas (Diracik kecil2)
Halia diracik halus
Garam

BAHAN SOS
½ cawan sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos chili
3 sudu besar kicap manis

PROSES PENYEDIAAN

1. Gaul udang demgam sedikit gaam & bawang putih. Goreng dang ankat.
2. Goreng gajus hingga rangup dan angkat.
3. Goreng cili kering (sekejap aje beberapa saat) dan angkat.
4. Campurkan bahan2 sos.
5. Tumis bawang putih dan halia.
6. Masukkan sos. Tumis sampai sos pekat sedikit.
7. Masukkan udang goreng. Gaul sampai sebati.

8. Masukkan gajus dan lada kering. Gaul dan angkat.

No comments:

Post a Comment