Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG BEREMPAH

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.


RESEPI UDANG BEREMPAH

BAHAN BAHAN
10 ekor udang besar
4 camca besar rempah kari
6 helai daun kari
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
6 tangkai cili kering (dihiris)      1 mangkuk santan pekat
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dimayang)
2.5 sm kulit kayu manis - bahan tumis
2 biji buah pelaga - bahan tumis
2 kuntum bunga cengkih - bahan tumis
2 kuntum bunga lawang - bahan tumis

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang dan toskan. Campurkan bahan-bahan giling bersama rempah kari. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi, masukkan rempah tumis dan kari, kemudian goreng hingga garing. Masukkan santan dan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan udang dan perlahankan api. Biarkan mendidih dan pekat kuahnya. (Cili kering boleh ditambah jika inginkan kuah pedas).


No comments:

Post a Comment