Thursday, January 11, 2018

RESEPI UDANG BERCILI

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG  BERCILI

BAHAN BAHAN 
400 gm udang besar
100 gm cili merah
3 ulas bawang putih
100 gm bawang merah      Sedikit halia
Serbuk kunyit dan serbuk perasa
Sedikit sos cili


PROSES PENYEDIAAN


Udang digoreng separuh masak. Tumis bawang merah, bawang putij, halia, kunyit dan cili merah. Biarkan sehingga pecah minyak atau udang masak. Masukkan serbuk perasa dan sos cili. Rasa, angkat dan dihidangkan segera.

No comments:

Post a Comment