Wednesday, January 10, 2018

RESEPI UDANG BAKAR BERKEJU

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.


RESEPI UDANG BAKAR BERKEJU
BAHAN BAHAN
25 g mentega
25 g tepung gandum
300 ml susu segar
Garam dan lada sulah         
3 camca besar parsli cincang
300 g udang besar, buang kulit
6 biji telur rebus, hiris nipis
3 camca besar keju Cheddar


PROSES PENYEDIAAN
Panaskan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau seminit. Masukkan susu, kacau sehingga pekat dan menjadi krim putih. Kemudian masukkan garam, lada sulah dan parsli. 

Atur udang dan hirisan telur rebus di dalam bekas. Tuang krim putih di atasnya dan tabur keju. Bakar lebih kurang 15-20 minit pada suhu 220'C.

No comments:

Post a Comment