Wednesday, January 10, 2018

RESEPI TOMYAM THAI

Tom yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ [tôm ɲam]; Bahasa Thai: ต้มยำ, [tôm jam], tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Laos termasuk secubit nasi di dalam sup, sementara versi biasa Laos yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia
BAHAN BAHAN
  • Ayam(ikut keperluan)
  • Udang(ikut keperluan)
  • Sotong(ikut keperluan)
  • 3 ulas bawang putih(ditumbuk kasar)
  • 3 biji buah tomato(mesin hancur)
  • Garam(secukup rasa)
  • Gula(secukup rasa)   
  • 1 batang serai(ditumbuk kasar)
  • 2 hiris lengkuas(ditumbuk kasar)
  • 1 hiris halia(ditumbuk kasar)
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 biji cili api(ditumbuk kasar)
  • ½ biji limau nipis

PROSES PENYEDIAAN
  • Sediakan ayam,udang dan sotong,bersihkan dan toskan. Mesinkan buah tomato hingga hancur.Ketepikan.
  • Tumbukkan cili api,serai,lengkuas dan halia.
  • Panaskan kuali,masukkan bawang putih yang ditumbuk dan goreng hingga kekuningan,diikuti oleh cili api,lengkuas,halia dan serai.
  • Masukkan buah tomato yang dimesin dan goreng hingga naik bau.(2-4 minit)
  • Kemudian,masukkan daun limau purut dan diikuti oleh ayam,udang dan sotong.
  • Gaul rata dan masak sehingga ayam,udang dan sotong masak.(5-7 minit) 
  • Masukan daun limau nipis,garam,gula dan perahkan limau nipis mengikut keperluan. Rasakan dan tutup api.

No comments:

Post a Comment