Wednesday, January 10, 2018

RESEPI TOMYAM SIAM

Tom yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ [tôm ɲam]; Bahasa Thai: ต้มยำ, [tôm jam], tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Laos termasuk secubit nasi di dalam sup, sementara versi biasa Laos yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia
BAHAN BAHAN
  • 300g ayam
  • 10 ekor udang
  • 4 daun limau purut
  • 5 biji tomato
  • 4 ulas bawang besar (di mayang)
  • 2 biji lobak merah
  • 1 paket cendawan putih
  • 2 batang serai (di tumbuk sedikit)
  • 1 sudu paste tom yam siam
  • 10 biji cili padi (ditumbuk sikit)
  • 5 biji limau kasturi (tlh diperah)
  • garam (sesedap rasa)
  • gula (sesedap rasa)
  • sedikit ajinomoto

PROSES PENYEDIAAN
  • Masakkan air sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan ayam,udang dan serai.
  • Biarkan seketika,kemudian masukkan tomato tadi dan biarkan ia kecut.
  • Lenyekkan sedikit tomato tadi dan masukkan kesemua bahan-bahan sayur serta air perahan limau yang telah ditapis tanpa biji beserta paste.
  • Masukkan garam,gula dan ajinomoto.


No comments:

Post a Comment