Wednesday, January 10, 2018

RESEPI TOMYAM SEAFOOD BERSANTAN

Tom yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ [tôm ɲam]; Bahasa Thai: ต้มยำ, [tôm jam], tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Laos termasuk secubit nasi di dalam sup, sementara versi biasa Laos yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia

BAHAN BAHAN
  • 8 ekor udang
  • 2 ekor sotong - kalau nak tambah ketam dan lala pun boleh2
  • 3 batang jagung muda
  • cendawan tiram
  • 1 bawang besar potong 6
  • 3 batang serai
  • lengkuas 1 cm   pes tom yam 2 camca besar
  • 3 camca besar perahan limau nipis
  • 5 helai daun limau purut,di carikkan
  • ½ cawan santan segar
  • 1camca besar nampla
  • 2 camca serbuk udang cili
  • garam + gula secukup rasa
  • 8 cili api dipecah kan

PROSES PENYEDIAAN
  • Rebuskan 3 cawan air bersama pes tomyam,serai,lengkuas, ciliapi,nampla,serbuk udang cili,bawang besar dan daun limau purut.
  • kemudian masukkan udang dikuti sotong dan lala jika ada serta sayuran.masukkan santan dan perahan limau nipis serta garam dan gula,biarkan menggelegak seketika sebelum dihidangkan


No comments:

Post a Comment