Friday, January 12, 2018

GULAI TEMPOYAK UDANG

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI GULAI TEMPOYAK UDANG
BAHAN BAHAN
1kg udang
2ulas bwg merah
3ulas bwg putih
2btg serai
1sm halia
1sudu cili giling
½ sudu teh serbuk kunyit
3sudu tempoyak       
cili hidup 4-5 biji
(dipotong panjang)
4 keping asam gelugur
1cwn pati santan-boleh juga guna santan dm kotak kecil
garam secukup rasa
sedikit msg..

PROSES PENYEDIAAN
rebus terlebih dahulu udang dgn pati santan..degan api prlahan kalau api kuat santan akan pecah minyak.

sebelum tu tumbuk atau blend bahan seprti bwg merah, bwg putih,halia dan serai...lepas tu masukkan ke dlm periuk bhn tumbuk tadi..

selepas tu masukkan cili,serbuk kunyit,asam gelugur dan tempoyak.

last sekali..masukkan garam ,msg dan cili hidup...biar mendidih dalam 5minit dan siap..

No comments:

Post a Comment