Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING MASAK LEMAK

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING MASAK LEMAK

BAHAN BAHAN
500 gm daging lembu kisar/cincang
1 camca minyak makan
300 ml air mendidih

BAHAN TUMBUK:
1.2 cm legkuas
½ ketumbar (direndang)
1 camca lada sulah
1.2 cm kiub belacan (dibakar)   
Garam secukup rasa
3-4 helai daun limau purut
Santan dari ½ biji kelapa
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 batang lada merah
5 cm serai (dihiris)

PROSES PENYEDIAAN
Pijarkan minyak di atas api yang sederhana & tumis. Angkat dari api & ketepikan.Masukkan garam kedalam air mendidih & teruskan mendidih dengan kuat.

Masukkan daging cincang rebuslah selama 5 minit. Masukkan pula campuran yang telah digoreng & daun limau purut. Kecilkan api dan didihkan perlahan-lahan selama 10-15 minit.

Apabila ia hampir kering, tapiskan santan ke dalamnya dan sesuaikan rasanya. Masaklah atas api yang sangat kecil selama 3-5 minit, dengan tidak berhenti-henti mengacaunya. Angkat dari api.


Buangkan daun limau purut. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih, roti atau mi dan masakan-masakan lain.

No comments:

Post a Comment