Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING MASAK HITAM

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING MASAK HITAM
BAHAN BAHAN
Daging 1 kilo
Bawang Besar 1 kilo
Serai 3 batang(titik)
Kulit Kayu Manis 2cm
Bunga Lawang 1 kumtum
Bunga Cenkih 4 biji
Minyak 5 sudu besar
Kicap Pekat 6 sudu besar
Garam ,Gula ,
½ sudu air asam jawa       
Halia 6cm (panjang)
Bawang Putih 7 ulas
Cabai Kering 10 biji
¼ sudu besar Serbuk Jintan Manis
¼ sudu besar serbuk Jintan Putih

PROSES PENYEDIAAN
Daging dipotong sederhana kecil basuh  dan toskan . Bawang kupas basuh dan potong nipis

Kisar semua bahan bahan kisar hingga halus.  Masukan Daging kedalam periuk masukan  bawang,serai,bunga cengkih,lawang ,kk
manis dan bahan  yang dikisar .


Masukkan kicap pekat,gula ,garam,air asam jawa dan sedikit air dan minyak gaul hingga sebati. Angkat periuk letak atas dapur masak dengan api kecil selama 1-2 jam  atau sehingga daging empuk dan pekat  kuahnya.

No comments:

Post a Comment