Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING CINCANG LADA HITAM

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING CINCANG LADA HITAM

BAHAN BAHAN
3 Ulas Bawang Merah (Dimayang)
2 Ulas Bawang Putih (Dimayang)
3 Sudu SOs Cili
1 Sudu Sos Tiram
1 Sudu Kicap
Garam
Sedikit Serbuk Perasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis     Bahan Perap:
2 Cawan daging yang telah dicincang halus
3 Sudu Serbuk Lada Hitam
1 Sudu Serbuk Lada Putih

PROSES PENYEDIAAN
Daging diperap bersama serbuk lada hitam dan putih dan diketepikan.

Kemudian panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang, setelah naik bau, masukkan daging yang telah diperap dan sedikit air, sos cili,sos tiram, kicap garam dan serbuk perasa.


Ratakan diatas api dan biarkan air daging itu sedikit kering dan siap dihidang.

No comments:

Post a Comment