Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING BEREMPAH

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING BEREMPAH

BAHAN BAHAN
300 gm daging
10 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih
3 camca serbuk rempah kari
1 biji kelapa (¼ cawan dibuat kerisik)
2 cm halia
1 kuntum bunga cengkih   1 kuntum bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
¼ cawan kerisik
2 sudu minyak makan
1 helai daun limau purut
Garam

PROSES PENYEDIAAN
Daging dicuci & potong ikut suka. Tumbuk halia & gaul bersama daging. Bawang merah & putih dimayang halus. 

Panaskan minyak & tumiskan bawang, cengkih, bungalawang & kayu manis. Bila bawang kuning,

masukkan rempah, daging & santan cair. 

Bila empuk daging, kecilkan api & masukkan pati santan. Masak sampai pekat. Bubuh daun limau purut, kerisik & garam sambil di kacau supaya jangan hangus.

No comments:

Post a Comment