Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING BERCILI

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING BERCILI

BAHAN BAHAN
Bahan A
Daging 1 kilo
Gula i sudu teh
Air asam 1 sudu
Minyak secukupnya
garam dan ajinomoto
Daun kunyit yang lebar 2 keping dihiris nipis atau dikoyak-koyakan sahaja.       

BAHAN B
Lada 30 tangkai,
bawang putih 5 ulas
Kisar dengan sedikit air.

PROSES PENYEDIAAN
Daging direbus dan diris nipis kemudian goreng sehingga agak garing (jgn garing sangat nanti keras)dan ketepikan.


Panaskan minyak goreng daun kunyit sehingga naik bau, setelah itu masukkan bahan B, air asam, gula, ajinomoto, goreng sehingga pecah minyak.Setelah sesuaikan rasa masukkan daging yang digoreng selama 2 minit.

No comments:

Post a Comment