Tuesday, December 26, 2017

RESEPI BIRI BIRI PANGGANG

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI BIRI BIRI PANGGANG


BAHAN BAHAN
bahan utama:
4 keping daging biri-biri yang dihiris nipis.        

BAHAN DITUMBUK:
6 ulas bawang putih
lada sulah
lada hitam
garam
minyak bijan

PROSES PENYEDIAAN
Kesemua bahan ditumbuk dan kemudiannya dilumurkan pada daging biri2. kuantiti lada sulah, lada hitam, garam dan minyak bijan diletak mengikut citarasa masing2.

Bakar dalam oven pada suhu 190 darjah celcius dalam masa 20 minit..


No comments:

Post a Comment