Tuesday, December 26, 2017

RESEPI BIFSTIK DAGING

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI BIFSTIK DAGING


BAHAN BAHAN
600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka
300 gm kentang, dihiris dan digoreng
2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng
1 tin kecil kacang pis
2 camca sedang kicap pekat
2 biji tomato, dibelah empat
3 biji bawang besar, dihiris bulat
1 tin kecil puri tomato
5 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 camca sedang minyak sapi
Air untuk mengempukkan daging
Garam secukupnya    Bahan-bahan tumis:
Pelaga
Kulit kayu manis
Cengkih

BAHAN-BAHAN DIGILING LUMAT:
1 camca teh lada putih
1 biji bawang besar
1 camca teh jintan manis
2 ulas bawang putih
1 sm halia

PROSES PENYEDIAAN
Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar. Panaskan minyak sapi di dalam kuali.


Tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.

No comments:

Post a Comment