Tuesday, December 26, 2017

RESEPI ASAM PEDAS DAGING MELAKA

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI ASAM PEDAS DAGING MELAKA


BAHAN BAHAN A
Bahan A :Ditumis
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah (keluarkan sedikit bwg untuk ditumis)
5 biji halba
1 biji bunga lawang
3 cm halia

BAHAN B: DITUMBUK
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
3 cm belacan
1 cm kunyit hidup/½ sudu serbuk kunyit
5 btg cili
½ sudu serbuk kari
2-3 helai daun limau purut
3 sudu minyak masak
3 cm lengkuas
2 btg serai
½ kilo daging
2 cawan asam jawa
Garam

PROSES PENYEDIAAN

Bersihkan daging dan rebus sehingga empuk.

Panaskan minyak. Cili yg telah dikisar hendaklah dicampur dgn bahan yg telah ditumbuk beserta serbuk kari.  

Tumis bahan A. Masukkan bahan B dan kacau hingga garing.Masukkan daun limau purut. Masukkan daging beserta air rebusannya sekali.Setelah mendidih, masukkan lengkuas dan serai.

Kemudian masukkan air asam jawa.Setelah mendidih masukkan garam.

No comments:

Post a Comment