Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING KAMBING MASAK MASSALA

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING KAMBING MASAK MASSALA


BAHAN BAHAN
1 inci halia(dikisar)
4 ulas bawang putih(dikisar)
1 biji bawang besar(dikisar)
1 peket kecil kayu manis campuran (dikisar bersama sedikit daun kari)
6 biji buah keras(dikisar)
sedikit daun ketumbar(dicincang)
1 kilo daging kambing(dipotong dadu)
2 biji ubi kentang
1 biji tomato
2 sudu besar serbuk kari daging babas
1 sudu besar serbuk kunyit
1 kotak/biji santan kelapa
sedikit garam dan ajinomoto

PROSES PENYEDIAAN
Rendam daging kambing bersama bahan-bahan yg telah dikisar dan serbuk kunyit selama 30 minit.


kemudian masukkan dalam periuk bersama ubi kentang dan tomato.Masukkan serbuk kari daging babas dan biarkan selama 10minit. kemudian masukkan santan kelapa dan kacau.Akhir sekali masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa serta daun ketumbar.Biarkan selama 40 minit supaya daging kambing empuk.

No comments:

Post a Comment