Tuesday, December 26, 2017

RESEPI ACAR DAGING

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI ACAR DAGING 


BAHAN BAHAN
½ kg daging (dipotong nipis)
5 tangkai cili hidup
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
2 camca kecil gula
1 camca besar asam jawa
1 camca besar kicap  15 tangkai cili kering
20 ulas bawang merah atau 6 labu bawang besar
Lengkuas sebesar ibu jari
3 labu bawang besar (dimayang)
2 camca kecil garam
1 camca besar cuka
5 camca besar minyak masak

PROSES PENYEDIAAN

Mesinkan semua bahan diatas dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan daging dan air. Bila daging empuk, masukkan cuka, kicap, air asam jawa dan bawang besar. Masak hingga kering dan hiaslah sesuka hati.

No comments:

Post a Comment