Sunday, October 01, 2017

RESEPI KUPANG MASAK LEMAK CILI API

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
BAHAN-BAHAN
  • 600  kg  kupang segar
  • 350 gm Santan segar
  • 2 batang serai dititik
  • 2 keping asam keping
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Tomato
  • Daun Kunyit


BAHAN DIKISAR
  • 2 labu bawang besar
  • 3 – 4 ulas bawang putih
  • 2- 3  inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 5 biji cili padi merah
  • 5 biji cili padi hijau
  • 1 biji cili merah
  • Sedikit belacan
  • Air secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
  • Basuh kupang sehingga bersih. Masukkan kupang bersama-sama serai dan bahan yang telah dikisar lumat di dalam periuk. Rebus sehingga mendidih. Kacau rata.
  • Masukkan santan. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air. Masukkan kiub pati ayam, asam keping, tomato dan daun kunyit  dan garam secukupnya.
  • Selepas itu bolehlah dimasukkan kupang dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih dan kupang masak.
  • Siap dan makan bersama nasi panas



No comments:

Post a Comment