Sunday, October 01, 2017

RESEPI MEE KOLOK SARAWAK


Mi kolok (juga dieja mi kolo, mi kering ataupun mi rangkai (daripada perkataan Iban rangkai, bermaksud "kering") adalah sejenis mi yang cukup popular di negeri Sarawak. Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan atau menjual mi kolok ini. Mi kolok ini biasanya akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.

RESEPI MEE KOLOK SARAWAK
BAHAN-BAHAN
1 gulung mi kering (mi sanggul/yee mee)
3 ulas bawang putih (mayang)
2 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
4 helai daun sawi (potong 1 inci)
1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
3 cawan air rebusan daging/ ayam
1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa

HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.

Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu.

Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam. Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut.

Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika. Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).

Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu. Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.

Tambahkan lada sulah jika suka.



No comments:

Post a Comment