Tuesday, October 31, 2017

RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM

Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi. Buahnya, yang dikenali sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter, merah gelap apabila matang sepenuhnya, dan, seperti semua drupes , mengandungi satu benih. Biji lada hitam dan serbuk lada hitam yang dihasilkan darinya, boleh digambarkan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam (buah matang masak dan kering), lada hijau (buah matang kering) dan lada putih (benih masak kering).

BAHAN BAHAN

400 gram ayam - potong kecil
1 sudu besar lada hitam - tumbuk

5 tangkai cili kering - potong kasar
1/2 inci halia - mayang halus
2 sudu besar kicap
2 sudu besar minyak
1 sudu besar sos tiram
Gula dan garam secukupnya
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - cincang
1 - 2 sudu besar serbuk kunyit - untuk perap ayam

PROSES MASAK
1. Perap ayam selama lebih kurang 5 minit dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan sekejap.

2. Sementara itu dalam bekas lain campurkan kicap, lada hitam, sos tiram, gula, dan garam, kemudian bancuh hingga rata.

3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng ayam hingga kekuningan, lepas itu masukkan bawang putih bersama halia, dan cili kering. Masak selama beberapa minit.

4. Akhir sekali, masukkan sos yang sudah dibancuh tadi dan apabila terlalu pekat boleh tambahkan air dan masak selama lebih kurang 2 minit menggunakan api sederhana. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment