Monday, August 14, 2017

Resipi Tumis Bilis Petai sambal lada

Gambar hiasan

Resipi Tumis Bilis Petai sambal lada

Bahan-bahan
o  200 gram Bilis kering
o  2 papan petai, kupas, biarkan kulit airnya
o  10 buah cili merah, tumbuk kasar
o  10 ulas  bawang merah, iris nipis
o  5 ulas  bawang putih, iris nipis
o  1 sudu limau nipis
o  garam secukup rasa
o  gula pasir secukupnya
o  minyak masak  secukupnya, untuk menggoreng dan menumis

Proses penyediaan bahan dan masak

o  Cuci ikan bilis kering  hingga bersih, kemudian jemur hingga kering.

o  Panaskan minyak masak , goreng bilis hingga kering dan masak. Angkat, tiriskan.

o  Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih, kacau hingga berbau harum, tambah bawang merah dan cili hiris, gaul  rata.

o  Masukkan petai, garam, dan gula pasir, aduk hingga cili dan petai layu, angkat.


o  Masukkan Bilis goreng dan air limau nipis, gaul perlahan hingga tercampur rata dengan bahan bahan. Angkat dan sajikan.

No comments:

Post a Comment