Monday, August 14, 2017

Resipi Ikan Bumbu Arsik


Gambar hiasan

Resipi Ikan Bumbu Arsik

Resepi ini merupakan makanan dari Indonesia. Apa yang bezanya menu ini dengan resepi ikan lain adalah ikan dimasak sekali bersama sisik tanpa dibuka. Cara masakan pula hamper sama dengan masakan ikan ampap dari negeri Sabah.

Saya kongsikan resepi ini untuk dicuba, pada kali ini saya cuba sediakan menu untuk cadangan 5-6 orang yang akan makan. Ikan yang diguna, terpulang kepada anda yang penting ikan bersisik ye. Saya menggunakan ikan siakap. Selamat mencuba

Bahan-bahan :

o   2 ekor ikan siakap berat 1/2kg setiap seekor
o   3 buah limau nipis, ambil airnya
o   10 batang serai,
o   20 helai daun ruku-ruku atau kemangi
o   4 buah bunga kantan
o   5 helai daun mangkokan (Istilah Indonesia)

Bahan  yang dihaluskan:

o   10 buah Cili Merah
o   10 ulas bawang merah
o   1 sudu andaliman, jika ada
o   6 butir buah kayu keras
o   10 cm kunyit
o   5 cm halia
o   5 cm lengkuas
o   2 potong asam keping
o   1 sudu teh garam


Cara Masak

o   Setelah ikan dibersihkan, lumuri dengan air limau nipis, biarkan 10 minit.

o   Lumuri ikan dengan bahan yang dihaluskan, isi rongga perutnya dengan sebahagian rempah atau haha tadi dan bunga kantan.

o   Alasi kuali dengan batang serai, letakkan ikan di atasnya. Letakkan daun kemangi, bunga kantan, daun mangkokan, dan asam keping.

o   Beri air sehingga ikan tenggelam.


o   Masak dengan api kecil hingga matang dan airnya habis

No comments:

Post a Comment