Monday, August 14, 2017

Resepi Sup Ikan Merah

IKAN MERAH
Ikan Merah atau nama saintifiknya Lutjanus argentimaculatus merupakan ikan air masin.Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial.



RESEPI SUP IKAN MERAH


Bahan-bahan:
2 ekor ikan Merah berat 1/2kg tiap seekor
10 buah belimbing buluh
50 gr daun kemangi
800 ml air

Bahan tumbuk halus :
3 ulas/ Biji  bawang putih
3 Biji Cili Merah
2 cm halia
1 cm kunyit
Garam secukup rasa
1 batang serai, ketuk
 2 helai daun limau
1 buah tomato, dihiris dadu

PROSES PENYEDIAAN

Didihkan air, masukkan bahan bahan yang tumbuk tadi, serai, daun limau dan ikan.  Masak hingga bahan meresap ke dalam ikan.

Masukkan tomato, belimbing buluh, dan daun kemangi. Masak hingga daun kemangi layu.

 Angkat dan hidangan siap untuk dimakan



No comments:

Post a Comment