Wednesday, August 16, 2017

Resepi Ikan Kembung asas Tepung


Sekadar Hiasan

Resepi Ikan Kembung asas Tepung merupakan resepi dari negara jiran Indonesia. Resepi ini sebenarnya sangat mudah untuk disediakan. Penyediaan sama seperti ikan masak goreng tepung atau udang atau sotong goreng tepung. Cuma bahan yang disediakan mungkin ada sedikit perbezaan. Ikan Tongkol pun boleh digunakan untuk masak Resepi ini.

Bahan Bahan
o   4-5 ekor ikan Kembung atau seekor ikan tongkol
o   2 ulas bawang putih
o   Garam secukupnya
o   25 gram tepung beras
o   100 gr tepung terigu
o   1 batang daun bawang, dihiris halus
o   1 sudu teh cili serbuk
o   1/4 sdt bahan perasa ayam
o   1/4 sdt lada putih
o   1/4 garam halus
o   200 ml air bersih
o   minyak secukupnya, untuk menggoreng

Proses Penyediaan Masakan

o   Bahan perapan: larutkan garam dalam air bersama bawang putih yang sudah dihaluskan, lalu rendam ikan dalamnya, kurang lebih selama 15 minit.

o   campurkan tepung beras, tepun terigug , serbuk cili dan garam dalam satu bekas dan gaul rata.

o   Tuangkan air secukupnya kedalam campuran tepung, kacau lagi hingga merata lalu tambahkan bawang daun kedalamnya.

o   Keringkan lalu celupkan ke bahan pencelup yang sudah dibuat tadi.


o   Panaskan minyak dalam kuali dengan api sedang saja dan  goreng ikannya hingga masak.


 Resepi siap untuk dinikmati

No comments:

Post a Comment