Wednesday, August 16, 2017

RESEPI GULAI KEPALA IKAN SIAKAP MERAH

Gambar hiasan


Resepi Gulai Kepala Ikan Siakap Merah

Kari Kepala ikan siakap Merah sudah menjadi kebiasaan kita dengar dan nikmati. Resoran restoran mamak selalunya akan menyediakan menu kari kepala ikan dan menjadi tarikan utama di restoran restoran ini. Pada kali ini saya kongsikan satu lagi Resepi ikan Siakap dan perlu anda cuba di rumah. Bahan sangat mudah dan penyediaan pun sangat simple… Selamat mencuba

Bahan-bahan    

o   500 gram atau ½ gramkepala  ikan Siakap Merah. Ikan siakap putih, jenahak,  gerut-gerut, ikan merah pun boleh guna.

o   2 Biji buah limau nipis
o   10 buah Cili Merah
o   8 ulas Bawang Merah
o   4 ulas Bawang Putih
o   3 cm Halia
o   3 cm Kunyit
o   3 helai Daun Limau
o   2 lembar daun salam
o   4 cm Lengkuas
o   1 helai Daun Kunyit
o   1 batang Serai
o   1 sudu teh ketumbar
o   2 buah Asam Keping
o   1 liter Santan
o   Garam
o   Gula Pasir
o   Sedikit Minyak Masak


Proses Masak

o   Bersihkan kepala ikan, buang insangnya. Lumuri dengan air perasan air limau nipis dan garam. Ketepikan.
o   Haluskan Cili Merah, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, dan ketumbar dan tumbuk halus bahan bahan ini.

o   Tumis bahan yang ditumbuk tadi, masukkan serai, lengkuas, daun kunyit, daun salam, daun jeruk dan asam kandis. Masak hingga harum. Masukkan santan cair sebahagian. Masukkan kepala ikan. tunggu hingga mendidih

o   Masukkan sisa santan . terus masak hingga ikan masak sepenuhnya.

o   Tambah garam dan gula secukup rasa.


Angkat dan sajikan.. Selamat menikmati juadah Kepala IkanSiakap Masak Gulai

No comments:

Post a Comment