Wednesday, August 09, 2017

AMPAP SAYUR NANGKA

Negeri Sabah kaya dengan pelbagai suku kaum dan etnik. Keunkan ini memberikan pelbagai jenis budaya termasuklah budaya masakan yang berlainan setiap suku kaum. Salah satu resepi yang saya ingin kongsikan adalah resepi dari suku kaum Irranun yang menetap di Kota Belud Sabah.

Sebut sahaja Resepi nangka masak ampap, kita suda tahu bahawa resepi ini merupakan resepi suku kaum Irranun Kota Belud, Sabah. Siapa sangka buah nangka selain masak lemak, boleh juga dimasak cara lain yang lebih unik dan sedap. Resepi ampap bukan sahaja digunakan untuk memasak ikan tapi boleh juga diguna untuk masak buah nangka menggunakan resepi yang sama.

Resepi dan menu ini selalu dihidangkan semasa majlis kenduri samaada perkahwinan atau lain lain acara keramaian. Selalunya akan menjadi makanan wajib ada dalam majlis suku kaum irranun. Selain ikan masin Liking, lokan juga boleh digunakan untuk resepi ini bersama buah nangka.



Untuk menyediakan resepi ini, berikut saya kongsikan beesama sahabat pembaca. Semoga bermanfaat dan boleh masak sendiri


AMPAP SAYUR NANGKA
gambar dari blog https://ramaramapendek.blogspot.my




BAHAN-BAHAN
Buah nangka mentah yang dihiris sederhana nipis
Ikan masin Liking.
Santan kelapa
Daun kunyit
Kunyit hidup
Halia
Cili api
Perasa

Asam Keping


CARA MASAK
Rebus nangka bersama santan  Masukkan halia, kunyit hidup, cili api. Biar sehingga nangka separuh masak.

Masukkan perasa dan daun kunyit. Gaul sebati

Apabila daun kunyit masak, masukkan ikan liking dan biar seketika

Masukkan santan pertama (santan pekat) dan gaul sebati dan biar hingga mendidih.

Asingkan kuah nangka dan ketepikan.

Apabila kuah nangka kering (jangan terlalu kering), tutup api dan hidang.

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment