Tuesday, August 15, 2017

Pindang ikan Siakap Merah



Pindang ikan Siakap Merah


Pindang Ikan Siakap Merah merupakan salah satu lagi menu makanan berasaskan bahan ikan yang patut dicuba. Pindang atau Sup ikan Rebus merupakan menu paling mudah dan cepat disediakan. Bahan yang digunakan pun senang dan mudah diperolehi. Selamat mencuba

Bahan-bahan

1/2 kg ikan siakap Merah  di potong kecil (sesuaikan)

Bahan Bahan :
o   5 ulas Bawang merah
o   3 ulas Bawang putih
o   Halia
o   3 batang Serai
o   4-5 buah tomato kecil
o   Asam jawa / asam keping
o   Cili Mrah Krinting
o   garam
o   gula
o   Serbuk Perasa
o   Buah Karas/ Kemiri
o   kunyit
o   Minyak Masak

Proses Penyediaan Masakan

o   Bersihkan ikan

o   Rebus air di periuk secukupnya

o   Sambil menunggu air mendidih, potong bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan kemiri,

o   Tumis bahan dgn minyak masak  secukupnya, serai.  Tumis hingga harum.

o   Bila air sudah mendidih masukkan ikan, tomato yang  sudah dibelah, asam Keping dan bahan yang telah ditumbuk.

o   Masukan garam dan perasa.

o   Ikan telah masak dan hidang


No comments:

Post a Comment