Thursday, August 10, 2017

KELUPIS BRUNEI SABAH

KELUPIS
Kelupis atau kolupis adalah makanan alah alah ketupat yang menggunakan nasi pulut dan proses pemilihan bahan hamper sama dengan penyedian lemang atau ketupat atau ketupat palas. Cuma acara masak sahaja berlainan.

Kelupis selalu dibuat untuk majlis majlis keramaian iaitu Majlis perkahwinan, majlis bercukur rambut, Hari Raya dan lain lain majlis sambutan. Kolupis biasanya dibuat oleh suku kaum Brunei, kadayan dan bisaya di daerah Papar, Beufort, Kuala Penyu, Sipitanm, Menumbok dan beberapa kawasan lain yang mempunyai komuniti etnik yang saya sebut tadi. 

Bentuk Kolupis hamper sama dengan pulut panggang Cuma, kolupis selalunya tiada berinti, Cuma nasi pulut kosong dan cara masak pula adalah dikukus menggunakan periuk kukus.

KELUPIS BRUNEI SABAH

Bahan bahan yang biasa digunakan untuk membuat kolupis adalah seperti berikut : 
1. alat pengukusan
2. kuali/periuk
3. blender
3. Daun pisang
4. penyemat (lidi tajam yg dipotong pendek2)
5. santan kelapa
6. daun pandan wangi
7. beras pulut
8. garam dan gula

Bahan-bahan:
300 gm beras pulut - Basuh dan toskan
 300 gm santan - tdk terlalu pekat dan tdk terlalu cair
Daun pandan wangi- 2 helai
  garam - secukup rasa
 Daun nyirik - secukupnya



Cara Masak
Mula-mula masukkan santan dan daun pandan dalam kuali sampai sebati dan uli secara perlahan lahan  menggunakan api yang perlahan.

Biar sampai mendidih dan pecah minyak. Bila minyak timbul sikit dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut dan garam. Gaul hingga separuh masak dan santan kering.

Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun Pisang. Selepas habis membungkus, boleh lah dikukus sehingga kelupis masak.

Kelupis boleh tahan sampai 2-3 hari yang penting simpan dengan elok atau letak dalam peti sejuk. Kalau nak makan panaskan sahaja.

Sedap dimakan dengan Rendang daging atau ayam atau makan dngan kari pun sedap. Saya paling suka makan dengan rending lokan.


No comments:

Post a Comment