Monday, August 14, 2017

Ikan Gerut masak kukus



Ikan Gerut masak kukus

Selalu kita merasa ikan masak kukus dan ikan yang digunakan selalunya adalah ikan jenahak, ikan siakap, ikan kerapu dan beberapa jenis ikan lain. Bagi saya pula, saya lebih sukakan ikan gerut untuk dimasak kukus atau stim ni..Isinya lembut dan sedap dimakan.

Berikut saya kongsikan resepi Ikan Gerut masak kukus style Indonesia. Selamat mencuba :-

Bahan-bahan
o   2 ekor ikan Gerut  saiz sedang (1/2 setiap seekor)
o   5 ulas bawang merah, iris nipis
o   3 siung bawang putih, iris nipis
o    Cili padi (sesuai selera mau berapa banyak)
o   1 batang daun bawang
o   1 sudu makan sos tiram
o   1 buah lemon / limau nipis
o   sejumput garam& ikut suka

Cara Masak

o   Siangi ikan, buang insang dan sisiknya. Cuci hingga bersih kemudian kerat bahagian badan ikan.

o   Lumuri ikan dengan sos tiram dan secubit garam, ketepikan

o   Tumis bawang merah, bawang putih dan Cili padi  hingga wangi. Kemudian siram diatas ikan, letak  juga lemon diatas ikan

o   Sediakan kukusan, kukus ikan dalam tempoh  15 minit atau sehingga mata ikan keluar itu tandanya ikan sudah masak, taburkan potongan daun bawang kemudian kukus lagi 5 minit.

o   Angkat dan hidang


No comments:

Post a Comment